My boyfriend

Thursday, 12 April 2012

Sejak kecil
Aku mendapat kasih syg yang tidak berbelah bagi dari Ibu
hinggalah aq bergelar seorang pelajar remaja sekolah menengah
Kasih sayang ibu tidak pernah pudar walau sedikit pun
Kasih ibu tiada tandingannya
Ibu memberikan aq kasih syg tanpa meminta balasan
Tapi aq, membalas kasih syg itu dengan merajuk yang tidak berkesudahan
Tidak dapat apa yg diingini aq marah
Dinasihati ibu aq buat x tahu
Ibu marah aq kata "Mami jahat!"
Tidak pernah sekalipun aq memikirkan perasaannya
Hanya memikirkan perasaan diri sendiri
Beranggapan diri adalah betul
tidak pernah salah
Kini, semenjak bergelar pelajar Institut
Tinggal jauh daripada IBU
segalanya aq lakukan sendiri
mencari kasih syg sendiri
membelai diri sendiri
memarahi diri sendiri
membenci diri sendiri
merajuk dengan sendiri
Ibu di sana aq di sini
baru aq sedar erti kasih ibu
erti kehadiran ibu di sisi
begitu banyak pengorbananmu Ibu
mengandungkan anakmu ini selama 9 bulan
menjaga dan menyayangi sehingga la ke hari ini
sentiasa menasihati, memberi motivasi, menyayangi tanpa henti
Terima kasih ibu
Kasihmu tiada tandingan
Nilai kasih sygmu begitu bernilai
Maafkan ankmu ini
kerana tidak pernah menjadi anak yang terbaik buatmu IBU

Special for my mum SOFIAH BINTI USUP


1 comment: