My boyfriend

Tuesday, 7 June 2011

Kisah Aq Dan Dia - Episod 4

Episod 4
Seohyun

Lonceng tamat sesi persekolahan pada hari tu sudah berbunyi.Aq segera mengemaskan peralatan sekolah dan bergegas untuk beredar pergi.

“Seohyun aaa,Jom kita balik sama2” muncul tiffany di hadapan aq untuk mengajak balik bersamanya.Rumah kami berdua tidaklah terlalu jauh sangat , tp tidak juga terlalu dekat.

“Seohyun aaa, petang ne ko ada buat apa2 tak ? Aku bosanlah kat rumah , family aq outstation hari ne .Jom lah kita bersiar – siar.Nak tak?”

“ermm..Okelah.Petang ne k.Bawalah cousin engkau sekali , mesti dia pun boring sorang2 kat rumah kan.”

“Bosan amendenya , dia tu busy layan novel dia tu ja “ Tiffany menjawab sambil menekan – nekan telefon bimbitnya.Sebok membalas mesej teman lelaki dia la tu.

“ Ye la , tau la , tapi bukan sepanjang masa dia menghadap kat buku tu kan.Sekali skala bawalah dia bersiar – siar.”

“ Ye la , ye la.Nanti aq ajak la dia skali.” 

Tiffany menjawab sambil menjuihkan bibirnya.Tak puas hati la tu.Dengan cousin sendiri pun nak berkira.Macam2 lah dia ne.Aq hanya mampu tersenyum melihat karenah sahabat kesayangan aq ne.Hanya kerana sepupunya itu mendapat tumpuan dan layanan sedikit daripada keluarganya membuatkan Tifffany merasa sedikit cemburu.Namun biarpun tiffany merasa cemburu dengan sepupunya , dia tidak pernah berlaku jahat terhadap Krystal sepupu kepada Tiffany itu.

“ Seohyun , youngmin dengan Kwangmin tu comel kan.Bukan stakat comel , cantik , kacak , segak , berkarisma , macho , semualah.kalaulah aq dapat salah seorang dari dorang dua tu , bertuahlah aq.”

Tiffany tersenyum – senyum sipu.Jelas bersinar matanya tatkala memuji adik – beradik kembar yang sudah menempah populariti sekalipun baru saja masuk ke sekolah kami pada hari itu.

“ Comel la sangat , cantek la sangat erk , amboi . jadi siwon engko tu nak letak kat mana.Nak letak kat muzium Negara ke , jadi perhiasan kat situ.Engko ne kan , silap hari bulan siwon tau engko terlebih puji adik- beradik kembar tu , naya ko jadinya nanti Tiffany”

Si won , teman lelaki kepada Tiffany sejak 2 tahun lalu.Di awal pertemuan mereka , segalanya tidak berjalan lancar.Apa tak nye , pantang bertemu mesti nak bergaduh.Tapi ya la kan , kata orang benci lama2 jadi suka.

“ Alah , aq puji je lah , bukan nak ngorat betul2 pun.Walau macam mana pun , siwon aq tetap juara di hati ini “ Tiffany bersuara dengan bangga memuji teman lelakinya.

Rasa nak muntah pun ada gak ne.
Tiffany tersenyum2 melihat ke arah aq.Adalah yang terlintas kat fikiran dia tu.Dah ke mana jauh melayang fikiran budak ne.

“Ko ne apa hal ? Dah buang tebiat.Dah mabuk erk.Setahu aq , masa rehat tdi , ko cuma minum jus buah jak”

“Eish..Seohyun .Ko cantik , tinggi , kulit gebu , comel , apa lagi yang ko xda , everything about you is perfect , kecuali , you have no boyfriend yet.Bukan xder yang nak kat ko , belambak yang nak kat ko.Tapi sorang pun ko x berkenan.Surat cinta tu arr , x payah cakaplah , aq rasa dah boleh buat tikar kat rumah aq tau , tapi , satu pun ko x balas.Apa yang x kena pun aq x tau la” Tiffany menggelang – gelengkan kepalanya.

“ Aq xda masalah nak fikir benda –benda macam tu.Buat semak fikiran aq je lah.Aq tak nak lah , sikit2 nak terjun kolam , macam orang tu , gaduh sikit nak terjun kolam , napa x terjun lombong skali kan.”

Aq puas kerana dapat mengenakan Tiffany.Tp kepuasan itu tidak kekal lama apabila Tiffany menghadiahkan tamparan ke lengan aq.Disebabkan terasa sakit aq mengusap – ngusap lengan yang bertukar kemerah – merahan selepas mendapat pukulan daripada Tiffany.Terasa la tu.

“Seohyun , gaduh2 tu perkara biasa tau.Itu namanya asam garam dalam percintaan.Dalam masakan pun kita kena letak perencah macam asam ngan garam tu , baru terasa sedapnya.Kalo xder perencah , tawarlah masakan ko.Sama gak ngan bercinta.”

“Eish , tak sangka plak selama ne korang masak cinta tu erk.Korang pakai resepi apa hah..?”

Tangan Tiffany sekali lagi hinggap pada lengan aq.Bertambah2 la rasa sakit yang belum pun hilang akibat daripada pukulan Tiffany sebentar td.Tiffany bertubuh kecil molek dan sangat terkenal dengan sikap agyonya , tp bila dia dah memukul , seminggu pun x hilg rsa sakit pukulan dia tu.

“ Seohyun , ko ne kan , asal aq ckap sket , mesti ko nak buat loyar buruk kan.Engko ne patut jumpa doctor tau , sebab aq rasa hati ko tu dah kurang deria rasa , macam xde perasaan jer aq tengok.”

Aq hanya tertawa mendengar kata – kata Tiffany.Mesti dia dah naik bosan mempersoalkan dan membicarakan perkara yang sama dengan aq.Aq tetap aq, selagi aq tak jumpa lelaki yang boleh gegarkan lutut aq ne , jangan harap aq nak terima sapa2.

“ Dah la , malas arr nak debat pasal cinta2 ne.Tunggu la satu masa nanti ok.Ko janganlah risau , aq ne manusia biasa.Cuma belum masanya lg k.Dah jom balik cepat , nant x pasal2 ibu aq risau lagi kalo aq balik lambat “

Sunday, 5 June 2011

Kisah Aq Dan Dia - Episod 3

Episod 3
Seohyun
Andwae.Andwae..mcm mana plak budak  cantik ne ada kat sini.Eish..Aq mimpi ke apa ne..Aigoo.
Satu kejadian yang aq tak sangka-sangka telah berlaku.Aku berjumpa semula dengan lelaki cantik tu.Dan yang lebih mengejutkan lagi , dia ada twin??Oh no..Mana satu dia ne.Oh ya.Aq tau , dia yang berambut emas.Huhuhu..Lelaki cantik berambut emas , memang sesuai la untuk aq describe dia macam tu.Aku hanya melihat kedua- dua lelaki di hadapan tu tanpa kata walau sepatah , sebab aq dah tak tau nak cakap apa.
Terkejut!Of course la.

Youngmin
“Ok.Student please introduce urself to the class.”

“Yes Madam.Erm , Hai , I’m Youngmin.Nice to know u all.”

Tak sangka plak dia ne sekolah kat sini jugak.Nasib aq la jumpa ngan ko lagi.Buat susah aq je lah
Kwangmin

“Hai , im Kwangmin , Im the younger in our twin.Nice to know u all.”

Apahal dengan youngmin ne.Muka macam nak makan orang je.Xkan dah ada yang tak kena ngan kelas ne plak.Baru je sampai dah ada masalah.

Cikgu Go Mi Nam

“Ok , u can take ur sit please.Ok class , hope u all can cooperate very well.And please show ur good attitude.Alright , we continue our study today.”

Lonceng rehat sudah berbunyi.Cikgu Go Mi nam beredar setelah menamatkan sesi pengajarannya pada hari itu.Setelah Puan Go Mi nam keluar , kelas yang pada awalnya senyap  menjadi riuh dengan gelagat pelajar – pelajar di kelas itu.

Semua pelajar – pelajar mengerumuni pelajar baru yang kembar itu.Pelajar – pelajar perempuan khususnya, sangat terpegun melihat kedua – dua kembar itu.Youngmin dan kwangmin mempunyai wajah yang dikatakan cute dan cantik.Jika dilihat kedua – dua mereka , langsung tidak ada perbezaan , yang membezakan hanyalah warna rambut.Paras rupa yang dimiliki kedua – dua kembar ini , menjadi tarikan pelajar –pelajar lain pada hari itu , khususnya pelajar – pelajar perempuan.

Seohyun

Meraka berdua memang kembar habis.Cuma bila – bila ditengok – tengok , si budak lelaki cantik yang menyakitkan hati tu , langsung x mesra orangnya.Melihat kepada adiknya , Kwangmin seorang yang mesra dan mudah rapat dengan orang sekeliling.

Sementara  Youngmin Cuma sibuk dengan dunianya sendiri , dan MP4nya itu sering menjadi penemannya ke mana saja.Paras rupa yang tiada beza , tapi perangai jauh panggang dari api.
Dia langsung xpandang dan tak tegur aq.Macamlah kami ne x pernah bertemu sebelum ini.Memang pandai berlakon budak ni.

Dia ne , dah la panas baran.Sapalah yang nak dekat.Dasar budak lelaki cantik menyakitkan hati.Kenapalah sekolah ni jugak yang ko pilih.Punyalah banyak sekolah yang ada kat sini , sekolah ni jugak yang ko pilih.Eish.
Tanpa aq sedari , aq asyik memerhati pergerakan Youngmin , sehinggalah Youngmin menyedari dirinya telah diperhati.Youngmin mengalihkan perhatiannya terhadap aq, sehinggakan aq termalu sendiri kerana terlalu asyik melihat gelagatnya.
Eish . buat malu je la.


 Youngmin
Aq mengalihkan pemandangan ke arah kanan , perempuan tu.Pandang aq ke?!Bila aq membalas semula pandangannya , dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.Ingat aq xtau la dia tu asyik sangat perhatikan aq tadi.

Aq sengaja untuk tidak menegur dia.Biarkan dia dengan tanggapan dia sendiri.Tapi , ada kala terdetik di dalam hati untuk menegur perempuan cantik tu , tapi malulah , aq mesti pertahankan maruah aq.Biarkan dia dahulu yang menyapa aq.

Tapi , kalo langsung dia x tegur aq?Macam mana?ahhh…lantaklah.Ada aq kisah.Dia bukan ada apa2 urusan pun dengan aq.Buat apa dia nak tegur aq.
Kwangmin.Memang pantang Nampak perempuan cantik.Ko memang cepat dapat perhatian.Kami memang mempunyai paras rupa yang tiada beza , tapi personality kami sangat jauh berbeza.Kwangmin pasti akan mudah untuk mendapatkan rakan – rakan baru.Dia sangat bijak melayan peminatnya.Di sekolah lama dulu , dia sentiasa menjadi idola pelajar – pelajar perempuan.

Aku?Jangan pandang rendah dengan aq ok.Aku juga mempunyai ramai peminat perempuan.Tapi aq bukanlah seperti Kwangmin , yang suka melayan karenah pelajar – pelajar perempuan.Aq lebih suka dengan dunia aq sendiri.Sudah banyak surat cinta dan surat layang yang aku terima , tapi satu pun tak pernah aq berikan kata balas.Aku langsung tidak berminat untuk mempunyai apa2 perhubungan dengan mana – mana perempuan.Bagi aq , cinta hanya menyusahkan.Dan aq yakin , aq boleh hidup tanpa cinta.Tapi , semenjak aq bertemu dengan perempuan tu , segalanya menjadi haru biru.Kadangkala aq teringat akan perempuan itu.
Jika sebelum ini , aq tidak pernah sekalipun memikirkan tentang mana – mana wanita.Tapi kali ini , perempuan itu sudah cukup menyesakkan pemikiran aq.
Apakah semua ini?

Saturday, 4 June 2011

Kisah Aq Dan Dia - Episod 2

Episod 2
Seohyun
Seawal pagi lagi aq dah bersiap untuk ke sekolah.Huhuhu..Aq pelajar tahun akhir di Daeyung High School.Aq tidak sabra untuk menghabiskan pengajian dan melangkah ke pengajian yang lebih tinggi lagi.Namun cita2 untuk menjadi penyanyi tidak pernah hilang.Aq sangat minat untuk menjadi penyanyi , namun ibu tidak menggalakkan aq untuk menceburi bidang seni itu , yang dikatakan tidak akan memberikan jaminan kehidupan.

Ibu sudah siap menyediakan sarapan untuk aq di pagi itu.Ibu sentiasa memahami selera aq.Setiap kali sarapan pagi , ibu akan menyediakan Jus buah kepada aq.Jus buah epal hijau pagi itu menjadi penyuntik semangat aq untuk memulakan hari persekolah aq pada hari itu.

“Ibu , terima kasih untuk sarapan pagi ini.”

Selepas , menghabiskan sarapan pagi , aq terus mengayuh basikal untuk ke sekolah.Seperti hari2 yang lain , pagi itu sangat indah dengan suasana yang menghijau dan gunung ganang.Sekalipun cuaca amat sejuk , namun keindahan suasana kampung itu mengatasi kesejukan yang jelas terasa pagi itu.

“Seohyun!seohyun aaa!”

Aq berpaling mncari dari mana datangnya suara itu.Di belakang aq melihat Tiffany melambai2 ke arah aq.
Tiffany , sahabat rapat aq yang sangat memahami aq.Sahabat yang paling aq sayang.Kami berkongsi minat yang sama iaitu menyanyi.Bezanya , Tiffany mendapat sokongan ibu bapanya terhadap minatnya dalam bidang nyanyian.Sementara aq, tidak mendapat restu daripada ibu.Aq merasa sedikit cemburu dengan tiffany yang sentiasa mendapat galakan dari keluarganya.

“Seohyun a…Tau tak , hari ni ada dua orang pelajar baru pindah ke sekolah kita.Dan mereka akan masuk ke kelas kita.Dan yang paling best lagi , dua orang pelajar bar utu kembar.”
“Chongmal.Pelajar lelaki ke perempuan?”

“Pelajar lelaki.ermm, kalo cute , bleh la ne kan..ahahah”

“dah la Tiffany.Lelaki?alamatnya bertambah riuhla kelas kita ne nanti.Rakan – rakan kelas kita yang ada sekarang ne pown dah ckup nak menggegarkan kelas kita tu”

Setiba di kelas , kami berhenti berbual dan menanti guru untuk masuk.Selepas lonceng mula berbunyi , Cikgu Go Mi Nam masuk untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris pada pagi itu.
“ Good Morning Teacher”

“Good morning.Everybody sit down.Ok class, today we have a new student.And I want all of can be good with them.Alright class?”
“Yes Teacher!”

“ Kwangmin , Youngmin, please come in”

Sebaik sahaja kedua2 nama yang disebut itu melangkah masuk , kesemua pelajar bersorak menyambut kedatangan mereka.Namun aq?Terasa seperti batu yang besar diletakkan di atas kepala tatkala melihat wajah kembar di hadapan kelas itu.
Andwae.Andwae….Tak mungkin.

Will be continued.




Kisah Aq Dan Dia - Episod 1

Episod 1

Seohyun
Pagi yang amat sejuk sekali..rutin harian ku , setiap pagi aq akan berbasikal bersiar - siar di kawasan kampung.Gunung ganang akan ditutupi dengan kabus membuatkan aq tidak dapat melihat dengan jelas.Seawal pagi lagi ibu sudah mengarahkan aq untuk keluar membeli sayur - sayuran segar di pasar.Sambil mengayuh aq mnikmati suasana yang indah pagi itu sehingga aq tidak sedar terlanggar seseorang di hadapan.
"Biyan..Maafkan saya.Awak x apa2?" dengan wajah rsa bersalah aq melihat lelaki itu.saat lelaki itu berpaling , aq sempat berfikir..Dia ne perempuan ke lelaki..eheheh..Beautiful face..

Youngmin
Terasa sakit belakang aq apabila dilanggar basikal.Dengan rasa sakit aq bangkit.Rasa marah di hati menghantui diri.Aq berpaling melihat gadis itu.
"awak ne x reti nak tengok depan ke...dah rabun ke hah!"

Seohyun
"Maafkanlah saya.Saya x sengaja tadi tu.Awak ingat saya ne dah x ada keja lain ke nak langgar orang suka2 hati.Kan sy dah minta maaf.Maafkan je la"
Ingat dia sorang je kew bleh marah.Tapi aq merasa simpati pula melihat lelaki tu.Wajah kesakitan jelas terpapar di wajahnya.Aq ingin membantu , tapi melihat sikap lelaki ini yang menengking aq, terbantut rsa ikhlas aq..bek xpayah tolong.Memanglah salah aq , sebab terlanggar dia td, tp aq bukannya sengaja.Lelaki itu memperbetulkan dirinya dan mula untuk melangkah pergi.
awak nak kemana?!

Youngmin
"Aq nak balik la.habis tu xkan aq nak tunggu kat sini lagi untuk dilanggar oleh awak yang xguna mata dengan betul ne untuk kali kedua."
Perempuan ne dah mengganggu emosi aq je awal2 pg ne la.Tanpa aq sedari , aq sempat menatap wajah perempuan itu buat seketika.Berkulit gebu , berambut panjang , dan punya paras rupa yang sangat cute.Aku terpegun buat seketika.Dia sangat cantik.

Seohyun
aq merasa gerun sedikit tatkala lelaki itu memandang aq tanpa mengalihkan matanya walau sekejap.
"apa hal awk tengok sy macam tu.?"

Youngmin
Aq tersentak buat seketika.Baru aq sedar , aq terlebih menghayati kecantikan budak ne rupanya.
"Xder apa2.Aq cuma berfikir , ko ne rupa ja ada , tapi mata xtau nak guna macm mana"
Puas hati aq dapat mengenakan budak tu sekali lagi.Tanpa menunggu kata2nya aq terus melangkah pergi.Kalo lebih lama lagi aq kat situ , x pasal2 aq keras depan perempuan tu.Malu la aq.

Seohyun
Ikut suka ati dia ja kata aq xde mata
"Hei.Ko ne kan.X reti nak berbahasa ke hah! Ya! Awk nak ke mana tu?!Saya x habis cakap lagi la!awak!!
Eish!Dasar lelaki menyakitkan hati.Siap kalo aq jumpa ko lagi.Eishh....
Aku melihat lelaki itu berlalu pergi.Nafasku aq turun naik menahan geram.Kerana terlalu marah , aq terus lupa dengan tujuan aq untuk keluar awal pagi itu.Tanpa membuang masa aq terus kembali ke rumah.Sampai di rumah , aq memohon maaf dengan ibu kerana terlupa untuk membeli sayuran yang dipesannya.Mujurlah ibu tidak memarahi aq pagi tu.

Thursday, 2 June 2011

MY FAVOURITE ARTIS - SEOBABY/SEOLADY SEOHYUN (^_^)

Hola
Anyong
Today nak kongsi pasal my favourite korean artis
Dah ceta sal Boyfriend
Skang Girlfriend plak
Erkkk , bukan dari kumpulan Girlfriend
Tp kumpulan Girl Generation atau lagi popular dengan SNSD
Tp saya cuma nak kongsi pasal salah seorang ahlinya yang sangat2 sy minat gitu
She is SEOHYUN!!!
Huuuu..xtau seohyun sapa?
ni lah dia
ooooooo
Seohyun merupakan yg terbongsu atau magne dalam group SNSD
dulu sy x minat kat dia ne
Tapi kata orang benci lama2 cinta
Jadi jgn benci sgt kat orang
nnt berubah jd cinta
Tp cinta sy ne bukan cinta mcm kekasih tu
Ini cinta minat namanya
Let me introduce you , sapa seohyun 
Kalo nama komersialnya adalah seohyun
tapi nama sebenar atau nama lahir dia
SEO JOO HYUN
Kedudukan dia dlm group adalah Lead Vocalist
Istimewanya seohyun ne dia menguasai pelbagai bahasa contohnya korea(memanglah , dah dia org korea),Chinese and Japanese.Wow!smart girl.
Seohyun telah dilahirkan pada 28 Jun 1991
Same years gitu ....
Seohyun ne berketinggian 168cm dan berat 48kg,xtau la kalo ada perubahan lagi sama ada brtambah atau berkurang kan
Jenis darah A
Mendapat pendidikan di Daeyoung High School
Trivia berkaitan seohyun
Favourite num = 64
Ideal Man = Johnny Depp
Lagu SNSD yg diminati = Kising You
Hobi = Bermainan Piano
Favourite Anime = Kiroro
Favourite Fruit = Watermelon
Roomate = Tiffany
Seohyun gak telah digandingkan dengan 
Jong Yong Hwa
dalam program We Got Married
Jong Yong Hwa , merupakan Vokalis dari
kumpulan CN Blue dan pernah berlakon dalam
Ceta Your Beautiful kalo korg pernah 
tengok drama tu la
Tapi program WGM yongseo couple
dah pown sampai ke penghujungnya
Tp sy masih berharap agar
fake married tu will be come true
hehehe

Seohyun seorang yang sangat mementingkan kesihatan, suka sangat ngan potato 
hehehe
Knp sy minat seohyun , sebab dia good girl
Innocent gitu
Dia sentiasa bersungguh2 dlm melakukan apa2 saja
Dia mesti nak yang terbaik
Seohyun gak cute..
Cute gilerrr
x caya tengoklah wajah2 seohyun






















ada kwn lelaki sy cakap la
dia ne kononya formal sgt
dan formalnya tu mcm dibuat2
ermmm, sy rasa dia bukan buat2 formal
tp memang semualajadi dia macam tu
beretika
Kalo nak tau dia jujur ka tidak
buat2 ka tidak
Tengoklah sendiri dia camana k
Kenalilah seohyun




terbaru , SDSD baru sahaja mambuat Tour kat Japan
Wow, kat situ seohyun ada membuat persembahan solonya
Memang nampak semakin mantop la persembahan our seohyun ne
kalau nak tau hebat cmana so tgoklah kat youtube k
apa yg pasti our seohyun become seolady dah 
So , Cahaya biru nak promote
sokonglah seohyun..
heheheheh










CAHAYA BIRU LOVE SEOHYUN
(^_^)

KuCiNg Oh KUciNg





Kucing oh kucing
ramai yang suka sangat ngan kucing ne
ada jugak yang x suka sangat kat kucing ne
saya?saya suka kucing , tapi x sangat
saya suka tengok gambar kucing
saya suka tengok kucing
tapi saya x suka dekat dengan kucing
why?
sebab saya alah ngan kucing
kucing kan berbulu
tapi , pernah saya terbaca satu blog 
yang mengatakan kucing adalah salah satu cara untuk mengurangkan alah
????????
ye ke
xtau plak saya
x pernah plak sy cuba
Tapi apa yang pastinya memelihara atau menyayangi haiwan banyak pahalanya.
Saya pon pernah dengar , sapa2 yang sayang ngan haiwan , bermakna orang tu adalah orang yang sangat penyayang...hehe
Macam ada sorang kawan saya tu
Gila sangat ngan kucing
pantang nampak kucing
kalo boleh semua kucing yang dia jumpa dia nak bawa balik
nasiblah asrama tu tak dibenarkan utk memelihara haiwan
kalo tak , penuhlah bilik dia tu  ngan kucing
Siapa dia?ada lah orangnya...heheh
Si peminat kucing la yang pastinya
Kucing ne sebenarnya memang cute
mungkin bila stress , bleh la bermain ngan kucing
blehla ceritakan apa2 jak masalah yg anda hadapi
sekalipun kucing tu xpaham yang penting kucing tu tau jugak mendengar and sometimes pandai plak bg respon
knp saya ckp macam tu sedangkan sy x syg kucing
memanglah x syg , tapi saya bukan benci
saya pernah la skali try nak dekat ngan kucing
kucing tu mang kiut la
tengah dok hati sedih semacam la kononnya
saya bercakaplah ngan kucing tu kejap
kucing tu asyik dok pandang muka saya jer
dalam hati sy , agaknya dia paham kot kata2 sy.
ataupun dlm pemikiran dia ne , peliknya manusia ne
tapi saya rasa lega sket la, sy anggap jak la kucing tu paham
atau buat2 paham..heh
Kucing ne gak , kadang2 best gak tengok gelagat dorang
kucing ne kalo dilatih dengan bermacam2 aksi
mcm2 kucing ne bleh buat sebenarnya
Apa yang berlaku skang ne
banyak plak yang suka2 hati jak nak buang2 kucing tu erkkk
Berkeliaranlah kucing ne x tentu hala
Kat rumah sy mang byk kucing2 yang terbuang
Adik saya yg bongsu suka sangat ngan kucing 
jadi dia la jadi tuan2 kucing tu
Pakcik sy cakap kalo kita sayang kucing
pelihara kucing , murahlah rezeki kita
Tp ya la, Segalanya allah yg menentukan
Kepada yg mengalami masalah sperti sy
alah kepada kucing bknlah alasan tuk kita membenci kucing
kita still boleh memelihara kucing
bagi sedia makanan dorang
dan semua itu sy lakukan semasa cuti ne
memandangkan kucing2 adik sy ne byk sgt
heheheheheh..
Kucing oooo kucing
Jom tengok kucing2 yg cute kat bawah nee..















SAYANGILAH KUCING ANDA