My boyfriend

Saturday, 13 August 2011

Hati Ini Menangis (TT_TT)


Kenangan lalu membuatku menangis
pabila diimbau kembali
telah banyak aku lalui
Peristiwa lalu menjadikan aku seorang wanita yang tidak kuat
seorang wanita yang tidak yakin pada diri
semuanya kerana kisah lalu
Trauma sentiasa menghantui diri
Kejadian yang hampir sama berulang kembali
Aku hanya mampu lari dan mencari ketenangan diri
Tubuh yang bergetar terpaksa aku redakan
Ingin aku berlari dari semuanya
Tapi segalanya harus aku lalui
Namun ketakutan itu lebih menguasai diri
Tidak tahu dimana jalan penyelesaiannya
Bukan juga salah mereka 
Tapi inilah hakikat yang harus aku terima
Ya Allah , berikanlah hambamu ini kekuatan
Kekuatan untuk berhadapan dengan situasi itu

Aku dilihat sebagai wanita yang sentiasa riang
Tapi hakikat disebalik sebuah kisah
Aku dibelengu trauma
Aku masih berusaha untuk membunuh trauma ini
Tapi setiap kali aku mencuba semakin aku merasakan tekanan
Kawan 
Kawan
Kawan

Kalian ibarat keluarga buatku
Menjadi racun dan akan menjadi penawar buatku
Kalian memberikan kenangan baru
Kadangkala memberikan kenangan yang ingin aku lupakan
Aku hanya mampu bertahan
Maaf bila bibir ini tidak mampu membicarakan segalanya
Hanya ku mohon , kekallah kita sebagai LINGUA FRANCA TEAM
Tanpa sebarang perselisihan faham
Hanya itu yang mampu mengubat hati ini.

Thursday, 4 August 2011

Puasa...Puasa..Puasa



Syukur Alhamdulillah
Bulan Ramadhan tiba lagi
Posa jangan x posa
rugi x posa kawan2 
Akhirnya saya masih mempunyai peluang untuk berpuasa untuk kali yang ketiga di bumi kenyalang.
Biar jauh dari keluarga , tapi tetap xmau ketinggalan merasakan nikmatnya berpuasa.
Rindu untuk berbuka bersama keluarga.
Disebabkan tidak mahu terus sedih sebab rindu kat keluarga , setiap kali sebelum berbuka dan setiap kali nak sahur , confirm handphone ibu tersayang berbunyi menandakan deliverdnya mesej daripada anak kesayangannya ne..
heheheheh.
Posa posa gak , solat sunat terawih jangan lupa
Seronok dapat solat jemaah 


Di bulan ne la peluang kita untuk mendapatkan pahala sebanyak mungkin
Di bulan ni jugak lah , peluang untuk kita membiasakan diri untuk berdiam diri 
bukan diam terus , maksudnya bercakap bila perlu
mengawal segala perkataan yang diujarkan
mengawal segala tingkah laku yang dilakukan
elakkan diri daripada perkara - perkara maksiat
Yang best lagi masa bulan posa ne adalah sebab dapat makan kurma YUSOFF TAIYOOB
aha , bukan sya nak promosikan produk kat sini
cuma nak kongsi , kurma ne mesti menjadi kemestian sewaktu berbuka puasa
Bulan lain pon bleh makan kurma 
cuma nikmatnya x lah sama bila bulan Ramadhan
bila tiba jak bulan ramadhan 
automatik engat pasal nak raya
baru posa beberapa hari , dah nak mula pikir pasal raya
hahahah..biasalah..normallah la tu kan
So kepada genk - genk muslimin dan muslimat
Selamat berpuasa di bulan Ramadan ne ye
Insyaallah
(^_^)