My boyfriend

Thursday, 26 January 2012

Terima Kasih Mami

kelu lidah untuk berbicara
hanya air mata mampu mengalir di kala sendu menyelubungi hati
kadang - kadang aq merasakan lagi bagus bercakap dengan kucing
sekurang - kurangnya kucing tu faham
bila kita panggil dengan " meow" mesti dia datang
tapi kalau manusia , bila kita cakap jangan buat
tetap juga dorang nak buat
Bila dibagi nasihat , sikit pun xnak dengar
bila dah jadi , salahkan orang lain plak
tidak pernah mahu melihat kesalahan sendiri
semua orang salah , sendiri jak betul
kasih sayang ibu bapa jika tidak dilihat dan difahami sebenar2nya
kita x akan nampak kasih sayang mereka sebenar
tegas , marah , pukulan yang diberi , bukan sebab benci
kalau benci , agaknya dah lama kita ne merempat kot
Tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anknya
Hanya , kadangkala mereka tidak tahu untuk menunjukkan kasih sayang dengan cara yang betul
Bukalah hati , bukalah minda , fahami walau seketika ibu bapa kita
Wahai ibu
semoga dia sentiasa memperoleh ketabahan
Tabah berhadapan dengan sikap anak - anaknya
tabah dalam berhadapan dengan sikap suaminya
bertahun - tahun dia melalui kedukaan itu
dari beranak satu hinggalah sekarang
Dugaan tidak pernah putus
sehebat mana pun sakit perit yang dilalui
Namun dia tetap di sisi kami
Kering sudah air mata yang mengalir
tapi tidak pernah sekalipun dia melangkahkan kaki meninggalkan kami
Semoga segalanya akan berakhir dengan kebahagiaan...
terima kasih IBUKU

No comments:

Post a Comment