My boyfriend

Sunday, 5 June 2011

Kisah Aq Dan Dia - Episod 3

Episod 3
Seohyun
Andwae.Andwae..mcm mana plak budak  cantik ne ada kat sini.Eish..Aq mimpi ke apa ne..Aigoo.
Satu kejadian yang aq tak sangka-sangka telah berlaku.Aku berjumpa semula dengan lelaki cantik tu.Dan yang lebih mengejutkan lagi , dia ada twin??Oh no..Mana satu dia ne.Oh ya.Aq tau , dia yang berambut emas.Huhuhu..Lelaki cantik berambut emas , memang sesuai la untuk aq describe dia macam tu.Aku hanya melihat kedua- dua lelaki di hadapan tu tanpa kata walau sepatah , sebab aq dah tak tau nak cakap apa.
Terkejut!Of course la.

Youngmin
“Ok.Student please introduce urself to the class.”

“Yes Madam.Erm , Hai , I’m Youngmin.Nice to know u all.”

Tak sangka plak dia ne sekolah kat sini jugak.Nasib aq la jumpa ngan ko lagi.Buat susah aq je lah
Kwangmin

“Hai , im Kwangmin , Im the younger in our twin.Nice to know u all.”

Apahal dengan youngmin ne.Muka macam nak makan orang je.Xkan dah ada yang tak kena ngan kelas ne plak.Baru je sampai dah ada masalah.

Cikgu Go Mi Nam

“Ok , u can take ur sit please.Ok class , hope u all can cooperate very well.And please show ur good attitude.Alright , we continue our study today.”

Lonceng rehat sudah berbunyi.Cikgu Go Mi nam beredar setelah menamatkan sesi pengajarannya pada hari itu.Setelah Puan Go Mi nam keluar , kelas yang pada awalnya senyap  menjadi riuh dengan gelagat pelajar – pelajar di kelas itu.

Semua pelajar – pelajar mengerumuni pelajar baru yang kembar itu.Pelajar – pelajar perempuan khususnya, sangat terpegun melihat kedua – dua kembar itu.Youngmin dan kwangmin mempunyai wajah yang dikatakan cute dan cantik.Jika dilihat kedua – dua mereka , langsung tidak ada perbezaan , yang membezakan hanyalah warna rambut.Paras rupa yang dimiliki kedua – dua kembar ini , menjadi tarikan pelajar –pelajar lain pada hari itu , khususnya pelajar – pelajar perempuan.

Seohyun

Meraka berdua memang kembar habis.Cuma bila – bila ditengok – tengok , si budak lelaki cantik yang menyakitkan hati tu , langsung x mesra orangnya.Melihat kepada adiknya , Kwangmin seorang yang mesra dan mudah rapat dengan orang sekeliling.

Sementara  Youngmin Cuma sibuk dengan dunianya sendiri , dan MP4nya itu sering menjadi penemannya ke mana saja.Paras rupa yang tiada beza , tapi perangai jauh panggang dari api.
Dia langsung xpandang dan tak tegur aq.Macamlah kami ne x pernah bertemu sebelum ini.Memang pandai berlakon budak ni.

Dia ne , dah la panas baran.Sapalah yang nak dekat.Dasar budak lelaki cantik menyakitkan hati.Kenapalah sekolah ni jugak yang ko pilih.Punyalah banyak sekolah yang ada kat sini , sekolah ni jugak yang ko pilih.Eish.
Tanpa aq sedari , aq asyik memerhati pergerakan Youngmin , sehinggalah Youngmin menyedari dirinya telah diperhati.Youngmin mengalihkan perhatiannya terhadap aq, sehinggakan aq termalu sendiri kerana terlalu asyik melihat gelagatnya.
Eish . buat malu je la.


 Youngmin
Aq mengalihkan pemandangan ke arah kanan , perempuan tu.Pandang aq ke?!Bila aq membalas semula pandangannya , dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.Ingat aq xtau la dia tu asyik sangat perhatikan aq tadi.

Aq sengaja untuk tidak menegur dia.Biarkan dia dengan tanggapan dia sendiri.Tapi , ada kala terdetik di dalam hati untuk menegur perempuan cantik tu , tapi malulah , aq mesti pertahankan maruah aq.Biarkan dia dahulu yang menyapa aq.

Tapi , kalo langsung dia x tegur aq?Macam mana?ahhh…lantaklah.Ada aq kisah.Dia bukan ada apa2 urusan pun dengan aq.Buat apa dia nak tegur aq.
Kwangmin.Memang pantang Nampak perempuan cantik.Ko memang cepat dapat perhatian.Kami memang mempunyai paras rupa yang tiada beza , tapi personality kami sangat jauh berbeza.Kwangmin pasti akan mudah untuk mendapatkan rakan – rakan baru.Dia sangat bijak melayan peminatnya.Di sekolah lama dulu , dia sentiasa menjadi idola pelajar – pelajar perempuan.

Aku?Jangan pandang rendah dengan aq ok.Aku juga mempunyai ramai peminat perempuan.Tapi aq bukanlah seperti Kwangmin , yang suka melayan karenah pelajar – pelajar perempuan.Aq lebih suka dengan dunia aq sendiri.Sudah banyak surat cinta dan surat layang yang aku terima , tapi satu pun tak pernah aq berikan kata balas.Aku langsung tidak berminat untuk mempunyai apa2 perhubungan dengan mana – mana perempuan.Bagi aq , cinta hanya menyusahkan.Dan aq yakin , aq boleh hidup tanpa cinta.Tapi , semenjak aq bertemu dengan perempuan tu , segalanya menjadi haru biru.Kadangkala aq teringat akan perempuan itu.
Jika sebelum ini , aq tidak pernah sekalipun memikirkan tentang mana – mana wanita.Tapi kali ini , perempuan itu sudah cukup menyesakkan pemikiran aq.
Apakah semua ini?

2 comments:

  1. such a great fic genk...continue updating...I'll wait...^_^

    ReplyDelete
  2. hahah..I will work hard to make it much better than that..im trying...thanks 4 supporting me genk (^_^)

    ReplyDelete