My boyfriend

Friday, 20 May 2011

Bila hati sudah berbicara

Kali pertama membuka blog , rasa pelik plak , nak tulis apa???hilang idea , hilang kata2...mungkin disebabkan hati ketika ini tidak ingin berbicara , namun terasa ingin meluahkan.Kenapa hati?hati manusia...sukar untuk digambarkan...hati bila sudah suka la katakan...aku insan biasa , yang ingin dicintai dan ingin mencintai , namun hakikatnya , aq sering mencintai bukannya dicintai.Menyesal?dulu iya..tapi jika difikirkan kembali , apalah erti , apa lah gunanya saya menyesal jika tidak memiliki cinta seperti gadis yang lain , bukan saya mampu memiliki duit yang banyak ,apa keuntungan yang akan sy perolehi jika saya rasa menyesal...mungkin saya tidak pernah merasakan hakikatnya bercinta .Mungkin belum tiba masanya untuk saya merasai semua itu.Saya masih ada misi yang perlu dilaksanakan.Cinta pada keluarga harus saya buktikan.Tanpa ibu dan ayah , saya bukanlah sapa2 dan pastinya blog ini juga tidak akan wujud.Namun itu lah hakikatnya kehidupan , kita tidak akan lepas daripada merasakan cinta , cuma bezanya sama ada kita mampu mengawal diri dan hati sahaja.Tapi saya berharap agar hati ini kuat menghadapi semua ini.
terselit sedikit rasa bangga terhadap rakan baik saya.Dia juga gadis seperti saya , kami punya minat yang sama , berkongsi kisah suka duka , namun apa yang membezakan , dia bijak menjaga hatinya. Mungkin dia pernah mengalami perasaan cinta , namun itu bukan matlamat hidup utama ketika usia yang muda ini.Dia bijak menjaga diri dan hati.Kadangkala ingin diri ini menjadi seperti dia , tp kemampuan seseorang itu adalah berbeza2.
mengapa saya berbicara tentang hati dan cinta.Yuppp, sebab saya sudah jatuh cinta.Adakah saya gembira?tidak..kegembiraan itu belum menjadi milik saya.Kawan selalu cakap , saya senang sangat nak jatuh cinta..ya,itu memang tak dapat disangkalkan lagi , saya mudah jatuh cinta , saya juga sering terluka ,terluka knp?bukan kerana orang yang saya cintai, semuanya silap saya sendiri yang tidak bijak mengawal hati.Tidak mampu meluahkan kata2 cinta , kerana itu bukan saya.Saya merasakan belum tiba masa untuk bertindak lebih jauh.Mungkin saya selesa untuk menyimpannya di dalam hati , dan mungkin saya sudah terbiasa untuk membiarkan hati ini dilukai oleh perasaan cinta yang dibina sendiri.
jadi apa kesimpulannya?Cinta itu buta...tidak bisa melihat..itulah virus cinta..yang mampu merosakkan hati dan perasaan seseorang jika tidak bijak bercinta dan mencintai.Cinta biarlah kerana Allah S.W.T..
sekiranya berada dalam situasi cinta , berhati2lah...

No comments:

Post a Comment